23 November 2012

ENTRY|ADAM HAWA

Halooo...


Sekarang nie tgh musim deman ADAM HAWA..Dan aii juga turut menjadi sedikit gila kureng sikit dek penangan Adam Hawa..Mana taknyekan after abis jew final exam baru-baru neh terus aii layan Adam Hawa nieh until skrg..Pastu plak kan da jadi tabiat bangun pagi terus search kat blog blogger cari Drama Adam Hawa yang kisah smlm punya..Almaklumlah umah aii nie kan xdew chanel yg tayang Drama Adam Hawa tu uollsss..Tu psl download jew pastu boleh tgk byk-byk kali nak tgk kan...Pastu part yg paling best skali kan,,aii nie suka tgk manyak-manyak banyak-banyak kali part yg agak-agak romantik n yg agak-agak jiwang tuh...Huhu..Tapi tertanya-tanya gak la aii nie kan...Agak-agaknya ada ke lelaki yg mcm Adam Mukhriz tu dlm dunia nie..?Ntah...Tak taw ada ke tak kannss...Sendiri tanya sendiri jawab.. :-P

Dan jom baca sinopsis Adam Hawa n kite tgk picture pelakon Adam Hawa neh...Have fun uolllss...


.
Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoan Ain cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Dapatkah Am melembutkan hati Ain untuk menerimanya semula?

Drama adaptasi novel Adam dan Hawa karya Aisha Sofea.

Pelakon Adam Hawa
Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala Ain Hawani dipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan watak Ain Hawani.
Para pelakon terdiri daripada : Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), DazrinKamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erinn)


Sinopsis Adam dan Hawa:

Ain Hawani berkerja sebagai guru gantian di sekolah tadika milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang lagaknya seperti playboy...


Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam  ingin menjerat lelaki itu.Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam



Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.


  Bila adam dan ain  perlu berkahwin setelah ditangkap khalwat




Adam Mukhriz


Ain Hawani


Ain Hawani n Cik.Ted yg Am bagi


Baru smpai di Perth Australia


Bertemu dgn Adam di Perth
(Ain tak nak jumpa Am pun actually)


semasa buat umrah 
(sempat lagi gaduh tyme neh kan)


Ketika kerete Ain rosak
(Sweet giler tyme nieyhh|senyum sorg2 aii tau)


Temankan Am beli kain untuk adik Am

Selepas 8 tahun terpisah ,, akhirnya mereka bersatu kembali...












-Happy Ending-


Bahagiakan kalau dapat husband sesabar Adam Mukhriz nieh...|Berangan jap okee|Tak kaya xpe|Tak ensem pun tak kisah|Penting skali agama okee|akhlak baik|penyabar|setia|mampu terima sgla kelemahan aii neh|mampu melengkapkan kekurangan yg ada pd diri neh|Harap-harap mcm tuh lah nnati bakal husband aii...:-)|Woooooiii-woiii|study abiskan dulu..|Baru pikir psl husband...|Haha