22 September 2016

Saving Duit Cara Saya


Assalamualaikum..
Hi..

Aku nie sebenarnya jenis yg suka menyimpan duit sebenarnya..Akan tetapi..Haha..Akan tetapi bila aku simpan duit tu..Tak lama aku simpan aku mula la duk korekk balik tabung tuuu...Lepas tuuuu menyesal tak sesudahh..

Sebelum nie aku duk simpan duit syiling..Pun habes jugakk aku duk korek buat tambang g kerja..
Pastu kekonon simpan duit seringgit..Eh benda yg sama juga aku buat..Hahaha..KadangII aku buat beli barang dapur lah..Sbb malas nak cucuk duit..Kekonon nak gantilah kan..Tapi sampai sudah tak bergantiii...

Sampai laaa...

Kat fb masa tu duk viral pasal buat saving guna duit hijau , merah segalaa warna tuu...Buat juga kejap..Pun kelautt...

Pastu tetiba masa Raya Puasa baru nie ttiba timbul kesedaran dalam diri nak simpan duit betulII.Tak nak mainII dah..Tak moo korekII tabung lagi dahh..

Then bermulalah Julai 2016 aku mula menyimpan RM5 asalannya..Aku tak da lah simpan hariII.Tapi aku mewajibkan yag duit HIJAU tu bila ada WAJIB disimpan..KadangII ngelat jugak pinjam.Tapi aku WAJIBkan dalam diri aku untuk ganti DOUBE..DOUBLE yee...


Tabung nie Cik Angah yang bagi masa Konvo masa ari tu...
Cute jew kan..Haha..
Perasan sendiri..

Kenapa DOUBLE tuuu??Sbbnya aku dah tak nak ajar diri aku duk korekII lagi duit tabung tuu..Dan alhamdulilah..Dalam sedar tak sedar makin hari DUIT HIJAU aku tu makin bertambah..



Ouh yee..Nak simpan duit mcm aku ni.Satu je pesan aku..Tgk kempuan diri kita..Andai kata mampu simpan yg HIJAU maka simpan lah yg Hijau..Tapi kalau sekadar mampu simpan duit BIRU pun apa salahnya..Asalkan keinginan nak buat simpanan tu tetap ada..

Nekad macam aku jugaklah kiranya..Aku bujet nak teruskan simpan duit nie sampai akhir tahun nie..Lps tu aku nak tengok dlm masa stgh thn berapa dpt kumpil.

Memula nak simpan duit nie.Seyus aku cakap..Liat sgt..Sbb dlm kepala duk mikir mcmII..Nak beli tu lah..Nak beli inilah..Tapi berkat degil kat diri sendiri maampu jugakk aku kumpul..

Then selepas  2 3 bulan buat projek nie aku tergerak hati lagi nak up kan lagi simpan duit lain..Pastu aku pilih untuk simpan duit MERAH plak..Pun alhamdulilah..Berjaya jugak tetapkan pendirian untuk terus menyimpan duit MERAH nie semakin berkobar kobar..Ececehhhh..Haha..



Dan sekarang..Hasilnya dah boleh buat aku mula berangan mandi tak basah tido tak lena dan makan tak kenyang memikirkan nak buat apa dengan duit simpann yang ada niee..Hahaha..Over kauuu..Ehh tak da lahh..Bukan berangan..Sbnrnya duit nie nak buat top up utk deposit beli motor nanti..Deposit tak berapa nak kuat sgt nak amik sekarang nie...Org lain beli kereta...Aku??Beli motor jew mampu dulu..Tak pelah..Bak kata org..SusahII dahulu...SenangII kemudian hari..Ececeh..
Ayat nak menyedapkan hati lateeeww....

In Shaa Allah semoga aku terus istikhamah dalam meneruskan projek duit HIJAU & duit MERAH nie..Amin..

Jom kwnII kita menabung..Bukan pe..Kita tak tau apa akan jadi akan datang..At least dgn kita ada jugak simpanan masa kita terdesak kan...Bukan utk sapeII jgk..Tapi untuk kepentingan diri sendiri jugak...

Okeyyy.
Tata titi tutu

09 September 2016

Persoalan Yang Tiada Jawapannya...


Assalamualaikum.

Setelah sekian lama terlupa password blog..And finally berjaya jugak jumpa password tu..Naib baik pernah simpan kat dalam diary 2014 and lagi bernasib baik sbbnya diary tu tak terbuang lagi..

Err..No wonderlah..Sangat berat hati nak buang..

_________________________________________________________________________________

Entah kenapa..
Lately banyak sungguh persoalan.

"Bila kau nak kawen...?"
"Eh kau memang tak nak kawen ke..?"

Tak pun

"Kau bila lagi...?"

Persoalan demi persoalan yg kadangkala buat nafas aku hampir tersekat.
Persoalan yang aku sendiri tak ada jawapannya..

Aku perempuan.Aku tak rasa takkan ada perempuan yg tak nak kawen melainkan ada sebab-sebab yang tertentu..

Bohong jugaklah kalau hati aku tak tercuit bila aku tengok kawanII dengan husband masingII dikelilingi anakII yg comel.

Sungguh kadangkala hati aku berbisik sendiri,entah bila turn aku akan tiba..

Then bila kwnII disekeliling aku jemput aku utk attend kenduri kawen,sometime aku tertanya pada diri aku entah bila jugak turn aku..

Aku tak da jawapan utk semua persoalan tu..
Yg aku mampu cuma berdoa.
Berdoa dan terus berdoa.

Memilih..
Pada aku kita perlu memilih utk yg terbaik utk diri kita.
Perkahwinan ibarat satu percaturan.
Andai tersalah pilihan..
Entah bagai mana kelakkan datang.

Sungguh..
Aku takut utk buka hati kpd org yg slh.
Aku takut utk rasa terluka.
Rasa kecewa lagi.

Dan
Hakikatnya lagi
Hanya aku yg tahu akan sebuah kebenarannya kenapa aku sanggup untuk letakkan sebuah perkahwinan itu ditempat paling belakang sekali dalam perjalanan hidup aku..

Hanya aku yg memahami..
Kenapa..
Mahupun mengapa..

Doa kan aku.
Semoga satu saat nnti bahagia tu akan muncul utk aku..
Semoga juga persoalan tu akan terjawab satu saat nanti..
Amin

11 February 2016

Throwback holiday 2015


Hai..
Dah lama sangat peram gambar holiday nie.Peram cite neh..Haha..Tambah-tambah lagi sbb cam bz sikit.Almaklumkan masa tu dah hujung-hujung tahun.

Btway akhir tahun 2015 kami satu keluarga pergi bercuti.Habiskan masa dengan family.Lagi pun tu sebenarnya dah memang satu aktiviti wajib bagi kami satu keluarga.Bila hujung tahun pergi cuti-cuti.
Tapi still dalam Malaysia ajew lah.Belum berkemampuan lagi nak keluar ke overseas.So In Shaa Allah ada duit lebih sikit hajat kat hati nak ke Sabah..

So untuk tahun nie.Family decide untuk bercuti kat tempat aku.Perak dan Pahang.
Perak nie kami pergi jalan-jalan di sekitar Teluk Intan,Manjung & Lumut.So far bestlah juga..
Sbb dengan family kan..Tempat yang kurang best pun jadi best..Harharhar..

Pamily..Adik tido kot time nieyh..


3 anak dara Cikgu Nafiah

 Menara Condong Teluk Intan

 Kami lagi

 4 beradik d' Lumut

 View from Lumut

 Beli ikan bilis kat Lumut

 Si perempuan bongsu & si lelaki bongsu

 Sibling

Cik kakak  n Puan Mama

 Kelly's Castle

Hall dalam Kelly's Castle

 Cik punyer blog n Cik Angah

Kami lagi

 Tuan Adik

View from top

 Brincang Cameron Highand

 3 beradik

Masa memula sampai kat Brincang

 Kakak tukang snap pic

 Puan Mama

 Gossip larhh tu... 

 Puan Mama & Encik Abah

 Us again

Cik punye blog & angah

 Strawberi cicah coklat

 Singgah jap kat Tasik Kenyir otway balik umah

 Cik Angah & Cik Kakak

 En.Adik bongsu


Rembat motor sape ntah time neh

Macam gitulah cite kami sekeluarga tahun lepas..Tahun depan???Tungguuu..
Hahaha.K lah guyss...
Byeee
.