21 February 2014

Percubaan Pertama : Kek Batik

Bismilahirohmanirohim..

Holohhhh..Malu ngan tajukk..Kek batik..Nampok benoo baru gheti nak buat.Pada hal resepi tuh dah lama berkurun dah kan..Ehhh.Lantakk la..Aii kan buz women.Wanita berkerjaya la katakan..*Hantuk kepala kat dinding..Haha.Vengommm..Hmm..Sebenarnya tadi ptg bosan..So.duk la belek-belek tengok-tengok resepi kat My Resepi kat facebook then jumpalah banyak resepi.Tapi masalah nak cari bahan-bahan kat area sini susah..So carilah yang agak senang yang memang bahan-bahan dah ada.Jumpa lah resepi ni..Apa lagi,lepas solat asar terus ajak adik gi kedai beli biskut.Balik tuh terus lah ketang ketung kat dapur.Meh kita tengok apa bahan-bahan yang aii gunakan tadi..

Bahan-bahan:

2 baris biskut marrie
 1/2 tin susu pekat
1/2 cawan milo
2 sudu besar
planta 1/3 air panas

Cara-caranya :


Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marrie



   Kemudian masakkan diatas dapur dengan api yang perlahan sehingga menjadi likat

   Susun biskut dalam loyang.

                         
Tuang coklat dalam loyang.Kemudian ratakan biskut biar agak macam patah-patah supaya biskut dan coklat tu jadi sebati.Ni tukar bekas sebab loyang tu dah tak cantik..Hehe..Selepas dah siap ratakan simpan         dalam peti ais untuk disejukkan selama semalaman

Dan hasilnya tadaaaaaaaaaaa...



 
  Lepas tu dah boleh potong-potong untuk dihidangkan..
*Bos besar tgh makan tak sedar hakkak dia amik gamboo..Hihi

:


18 February 2014

Penceraian

Bismilahirohmanirohim..

Lately,sana sini kedengaran kes penceraian.Setiap hari,setiap minggu,setiap bulan,malah saban tahun kita dihadapkan dengan kes-kes penceraian.Tak kiralah orang biasa,selebriti,mahupun orang kenamaan.Boleh jadi fobia kepada mana-mana yang masih bujang dan dalam perancangan untuk mendirikan rumahtangga.Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM dimana di MALAYSIA kini,berlakunya 1 kes penceraian bagi setiap 15 minit dikalangan pasangan suami isteri yang beragama Islam.Subhanallah..Dah kalau sejam cuba bayangkan berapa ramailah pasangan yang bercerai berai. 

Fakta ini telah dikeluarkan sendiri oleh pihak JAKIM dan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr.Mashitah Ibrahim

Di bawah adalah merupakan bukti yang diperolehi daripada keratan akhbar Berita Harian & Utusan Malaysia



Banyak sebenarnya yang boleh dijadikan faktor utama mengapa berlakunya kes-kes penceraian nie.Antaranya adalah :

1.Tiada persefahaman antara suami isteri
2.Tiada sifat tanggungjawab dalam perhubungan rumah tangga
3.Kahwin diusia yang muda
4.Campur tangan mertua dalam rumah tangga anak-anak
5.Masalah jenayah,dadah,berjudi.
6.Curang dengan pasangan
7.Poligami
8.Disebabkan taraf pendidikan
9.Kesempitan hidup
10.Disebabkan pangkat dan darjat
11.Perkahwinan tanpa restu ibu bapa
12.Kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga
13.Tekanan didalam rumah tangga
14.Kurangnya ilmu agama

Itulah antara penyebab-penyebab yang menyebabkan seringnya berlaku penceraian di dalam rumah tangga.Kalau nak ikotkan banyak lagi penyebab-penyebabnya tapi i think itu adalah penyebab yang paling utama dan yang paling serius.

Pesan my mum :
" Walau macamna baik pun keluarga mertua,ibubapa mertua usahlah duduk satu bumbung dengan mereka.Belajarlah hidup berdikari dirumah sendiri walupun rumah yang disewa tu kecik mahupun besar,dan apa-apa masalah yang datang selesaikan secara berdua tanpa melibatkan ahli keluarga yang lain.Itu yang sebaik-baiknya..."

Yup..Betul tuh cakap my mum..And actually bukan my mum jew yang nasihat mcm tu,akak-akak aku dan makcik-makcik pun sama,kebanyakan nasihatkan aku benda yang sama..Jangan teragak-agak untuk buat keputusan untuk belajar hidup berdikari bersama suami sebab benda ini tersangat penting walaupun nampak seolah-olah kecik.

Antara selebriti-selebriti  yang pernah melalui kes penceraian

Erra Fazira & Engku Emran
Rita Rudaini & Aidil
Enot & Zainul Abidin
Benjy & Safiya Stepance Kar Leng 
A.Aida & Suffian
Noniswara & Datuk Rosman
Zahnita & Abdul Zackery Ghouse 
Hattan & Farah Asyikin
Sharifah Alya & Ashraf
Jimmy Shanley & Nursuhaila Shahsa 
Saidin & Salyo
Raja Azmi & Jailani Sidek
Ana Dahlia & Chef Riz
Datuk Aziz Sattar & Datin Hashimah Delan

Wah..Panjang plak entry kali nie ye..Apa apa pun apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar kepada semua.Termasuklah aku yang bakal mendirikan rumah tangga walau pun tak tahu lagi bila..So k.In Shaa Allah jodoh itu ada.Just cepat ngan lambat je..Ehh..ehh..Tetiba..

Okee lahh..Sekian untuk hari ni..

15 February 2014

New tagline:Kemaafan adalah dendam yang terindah di dalam kehidupan

Bismilahirohmnanirohim..

Ini adalah entry pertama bagi tahun 2014.Banyak peristiwa yang terjadi sehinggakan aku sendiri tidak berkesempatan untuk update ceritaII baru.Semuanya berlaku terlalu pantas.Peristiwa sedih.Gembira.Marah sakit hati,berdendam semuanya mewarnai kehidupan aku.Dan kini bila diimbas semula semuanya bagaikan memberi pengajaran.Memberi kekuatan untuk aku untuk terus menjadi seorang yang kuat.

Tagline tahun baru : 2014 : Kemaafan adalah dendam yang terindah di dalam kehidupan

Bercakap soal dendam.Yes.Aku sendiri pernah berdendam..Elehhh...Tipulah kalau korg sendiri tak pernah berdendamkan..Tak baik tipu tauuu..Aku pernah berdendam dengan ex aku sendiri..Motif..?Sbbnya dia dah hancurkan kepercayaan dan hati aku.Rasa sakit hati berubah menjadi dendam.Berdendam untu balas balik segala perbuatan yang pernah dia buat.Tapi akal aku menolaknya untuk melakukan semua tuh.Dan bukan mudah untuk aku melupakannya sehingga memakan masa bertahun barulah aku mampu untuk memafkan segala perbuatannya.3 tahun.Akhirnya,aku berjaya memaafkan segalanya dengan seikhlas hati..*Alhamdulilah aku tak berndendam lagi.

Demdam kedua..Erm..Sebenarnya yang nie berat sikit untuk aku memaafkan org tuh..Bayangkan seseorang yang datangnya dari ahli keluarga aku *takde lah dekat sangat sanggup mengeluarkan ayat semacam inie kat aku :

 " belajar pun xpandai gak..berhentilahhh...abiskan duit je..lagipun nnti lastII kat dapur gak tempatnya.."

Allah..Demi Allah aku sendiri tak sangka ayat tuh boleh keluar dari mulutnya..Sedangkan sepanjang 3 tahun lebih aku belajar sesen pun dia tak pernah nak hulurkan duit pada aku.Bertanya tentang pelajaran apatah lagi..Bergenang air mata aku saat itu..Pedih.Dalam hati aku.Ya Allah, takda siapa dalam hidup nie nakkan kegagalan dalam kehidupannya..Rasa sakit hati.Rasa bengang semua ada..Rasa bendemdam.Hinggakan aku dengar nama dia aku jadi menyampah.Tapi..Bila aku fikirII kan semula.Sampai bila aku harus berperasaan seperti itu.Kapan Sampai bila harus aku simpan perasaan amarah..Sakit hati hanya kerana mulutnya yang bisa tuh..Lantas aku fikirkan..Memaafkan dia..Itu adalah sebaikIInya..Da itu yang boleh buat hati aku kembali tenang walaupun tak semudah itu untuk aku memafkannya..

Dan.Sesungguhnya aku percaya..Memaafkan bukan bererti kita lemah.Sebaliknya orang yang berhati cekal serta tabah sahaja yang mampu untuk melakukannya