18 February 2014

Penceraian

Bismilahirohmanirohim..

Lately,sana sini kedengaran kes penceraian.Setiap hari,setiap minggu,setiap bulan,malah saban tahun kita dihadapkan dengan kes-kes penceraian.Tak kiralah orang biasa,selebriti,mahupun orang kenamaan.Boleh jadi fobia kepada mana-mana yang masih bujang dan dalam perancangan untuk mendirikan rumahtangga.Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM dimana di MALAYSIA kini,berlakunya 1 kes penceraian bagi setiap 15 minit dikalangan pasangan suami isteri yang beragama Islam.Subhanallah..Dah kalau sejam cuba bayangkan berapa ramailah pasangan yang bercerai berai. 

Fakta ini telah dikeluarkan sendiri oleh pihak JAKIM dan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr.Mashitah Ibrahim

Di bawah adalah merupakan bukti yang diperolehi daripada keratan akhbar Berita Harian & Utusan Malaysia



Banyak sebenarnya yang boleh dijadikan faktor utama mengapa berlakunya kes-kes penceraian nie.Antaranya adalah :

1.Tiada persefahaman antara suami isteri
2.Tiada sifat tanggungjawab dalam perhubungan rumah tangga
3.Kahwin diusia yang muda
4.Campur tangan mertua dalam rumah tangga anak-anak
5.Masalah jenayah,dadah,berjudi.
6.Curang dengan pasangan
7.Poligami
8.Disebabkan taraf pendidikan
9.Kesempitan hidup
10.Disebabkan pangkat dan darjat
11.Perkahwinan tanpa restu ibu bapa
12.Kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga
13.Tekanan didalam rumah tangga
14.Kurangnya ilmu agama

Itulah antara penyebab-penyebab yang menyebabkan seringnya berlaku penceraian di dalam rumah tangga.Kalau nak ikotkan banyak lagi penyebab-penyebabnya tapi i think itu adalah penyebab yang paling utama dan yang paling serius.

Pesan my mum :
" Walau macamna baik pun keluarga mertua,ibubapa mertua usahlah duduk satu bumbung dengan mereka.Belajarlah hidup berdikari dirumah sendiri walupun rumah yang disewa tu kecik mahupun besar,dan apa-apa masalah yang datang selesaikan secara berdua tanpa melibatkan ahli keluarga yang lain.Itu yang sebaik-baiknya..."

Yup..Betul tuh cakap my mum..And actually bukan my mum jew yang nasihat mcm tu,akak-akak aku dan makcik-makcik pun sama,kebanyakan nasihatkan aku benda yang sama..Jangan teragak-agak untuk buat keputusan untuk belajar hidup berdikari bersama suami sebab benda ini tersangat penting walaupun nampak seolah-olah kecik.

Antara selebriti-selebriti  yang pernah melalui kes penceraian

Erra Fazira & Engku Emran
Rita Rudaini & Aidil
Enot & Zainul Abidin
Benjy & Safiya Stepance Kar Leng 
A.Aida & Suffian
Noniswara & Datuk Rosman
Zahnita & Abdul Zackery Ghouse 
Hattan & Farah Asyikin
Sharifah Alya & Ashraf
Jimmy Shanley & Nursuhaila Shahsa 
Saidin & Salyo
Raja Azmi & Jailani Sidek
Ana Dahlia & Chef Riz
Datuk Aziz Sattar & Datin Hashimah Delan

Wah..Panjang plak entry kali nie ye..Apa apa pun apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar kepada semua.Termasuklah aku yang bakal mendirikan rumah tangga walau pun tak tahu lagi bila..So k.In Shaa Allah jodoh itu ada.Just cepat ngan lambat je..Ehh..ehh..Tetiba..

Okee lahh..Sekian untuk hari ni..

No comments:

Post a Comment