21 February 2014

Percubaan Pertama : Kek Batik

Bismilahirohmanirohim..

Holohhhh..Malu ngan tajukk..Kek batik..Nampok benoo baru gheti nak buat.Pada hal resepi tuh dah lama berkurun dah kan..Ehhh.Lantakk la..Aii kan buz women.Wanita berkerjaya la katakan..*Hantuk kepala kat dinding..Haha.Vengommm..Hmm..Sebenarnya tadi ptg bosan..So.duk la belek-belek tengok-tengok resepi kat My Resepi kat facebook then jumpalah banyak resepi.Tapi masalah nak cari bahan-bahan kat area sini susah..So carilah yang agak senang yang memang bahan-bahan dah ada.Jumpa lah resepi ni..Apa lagi,lepas solat asar terus ajak adik gi kedai beli biskut.Balik tuh terus lah ketang ketung kat dapur.Meh kita tengok apa bahan-bahan yang aii gunakan tadi..

Bahan-bahan:

2 baris biskut marrie
 1/2 tin susu pekat
1/2 cawan milo
2 sudu besar
planta 1/3 air panas

Cara-caranya :


Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marrie



   Kemudian masakkan diatas dapur dengan api yang perlahan sehingga menjadi likat

   Susun biskut dalam loyang.

                         
Tuang coklat dalam loyang.Kemudian ratakan biskut biar agak macam patah-patah supaya biskut dan coklat tu jadi sebati.Ni tukar bekas sebab loyang tu dah tak cantik..Hehe..Selepas dah siap ratakan simpan         dalam peti ais untuk disejukkan selama semalaman

Dan hasilnya tadaaaaaaaaaaa...



 
  Lepas tu dah boleh potong-potong untuk dihidangkan..
*Bos besar tgh makan tak sedar hakkak dia amik gamboo..Hihi

:


No comments:

Post a Comment