16 November 2014

Kehidupan dan pilihan...

Hai.

Kehidupan..Setiap yang hidup nie pasti nak kan kehidupan yang baik kan..Yang sempurna.Yang serba serbi lengkap..Tak terkecuali jugak dengan aku,Tapi..Kadang kala kehidupan tak adalah seindah yang diperkatakan..Tak seindah yang digambar serta digemburkan..Dalam kehidupan nie ada mcm-mcm ragam..Ada yang berjaya ada yang gagal..Ada yang kerja biasa-biasa tapi bahagia.Ada yang berlajar tinggi-tinggi tapi belum tentu lagi akan kerja seperti mana yang pernah kita belajar dulu-dulu kata..Ada yang jodohnya lambat sampai.Pun ada yang kawen awal tapi rezeki untuk dapatkan cahaya mata agak lambat sedikit.Itu lah kehidupan..

Aku...Kehidupan aku juga penuh dengan liku-liku..Penuh dengan air mata penuh dengan tangisan.Aku diuji dengan pelajaran..Tinggal satu paper jew lagi kaloo ikutkan..Tapi mungkin bukan rezeki aku untuk terus berada di dunia Property.Nasib baik lah kan family aku..Kakak-kakak aku sentiasa ada disi aku saat aku lalui semua itu.Entah kenapa..Semenjak dua menjak nie aku terbayang-bayang kenngan masa belajar Dip Pengurusan Harta Tanah dulu..Rinduu..Itu lah hakikat yang sebenar-benarnya..3 tahun lebih aku belajar..Behempas pulas..Tapi siapa aku untuk melawan takdir ilahi..Angan untuk menggegam segulung Dip Pengurusan Harta Tanah hanya tinggal angan.

Throwback balik kisah dulu..Ingat lagi..Sewaktu aku tgh berLI di Langkawi..Firm Abd Jalil & Co salah sebuah firm harta tanah yang agak terkenal dengan dunia property di Malaysia..3 bulan LI disaana banyak ilmu Pengurusan yang aku perlajari..Sayang..Kerana satu paper yang sangkut aku terpaksa hentikan LI..

Saat aku dapat tahu aku repeat paper Penilaian Statut utk kali ke dua tu..Aku terduduk depan kolam..Hancur sgt hati aku..Sumpah saat tu aku cuma terfikir utk menangis menangis n terus menangis..Berbalam air mata aku dengan ingatan pada parents aku..Terdetik di hati aku..Mama abah,.I'm sorry..I'm fail again..Hanya org yang pernah ada ditempat aku akan tau bertapa kuatnya utk aku lalui saat ini..Bersisakan kekuatan yang masih ada..Aku telefon angah (adik)..Teresak-esak aku menangis..Sebabnya..Aku sendiri tak mampu untuk sampaikan news tuh kat parents aku..

Angah jadi org tengah..Then mama call aku..She said..Be strong..Sedangkan aku masa tu menangis da mcm org gila dah..(Sebenarnya saat aku tengah typing ni pun air mata dah laju mengalir).After mama call..Abah pulak yang call..Abah ckp dgn aku..Now abah bagi pilihan utk aku..Still nak teruskan or berhenti..Masa tu aku tak boleh nak buat pilihan..Sebab kepala tengah berserabut..

Bayangkan..Daripada hari pertama aku dapat news tu..Hari-hari aku menangis..Aku call bos ku cite dengan dia then dia faham n still wish me luck..Dah setle dengan pihak firm..Aku packing barang-barang semua..Sambil packing barang nak balik Trgnu sambil air mata nie mengalir..Sape yang tak sedih bila parents aku siap hantar aku pergi Langkawi ni semata-mata sbb aku nak LI..Berapa ribu abis semat-mata utk aku..

Then aku balik..Sepanjang aku balik sorg-sorg naik feri tu dengan beg yang banyak sepanjang tu jugak aku menangis..Entahlah..Dalam  kepala nie mcm kosong jew..Mcm-mcm terfikir..Dan ayat yang kerap bermain kat kepala aku..Kenapa aku diuji dengan ujian mcmni..Allah...Sbbnya aku rasa aku dah tak mampu lagi utk terus diuji lagi..

Bila dh sampai Trgnu..Abah tanya aku apa pilihan yang aku nak buat..Selepas aku berfikir banyak kali.Fikir semasak-masaknya..Dan sebab aku percaya ada hikmahnya dengan apa yang terjadi aku nekad..Aku nekad sampai disini saja perjuangan aku..Inilah noktahnya..Sedih..Sangat sedih sebenar-benarnya.

Aku balik ke Pahang utk isi borang berhenti belajar..Tapi..Seperti yang aku sendiri jangkakan sebelum ini..Mesti akn ada penghalang dn yang menghalang utk aku berhenti dari sini..Dn ternyata ia..Lecture-lecture aku..Kesemuanya tak benarkan aku berhenti..Aku sebenarnya agak goyang dengan pilihan dan keputusan yng aku buat waktu tu..Okee tak jadi berhenti..Tapi aku tangguh pengajian..

Dalam tempoh aku tangguh pengajian..Ada hikmah lain yang tak disangka-sangka dtg..Aku dpt offer untuk sambung VTO dan Dip Fesyen dan Textile di IKBN Hulu Langat..Tapi aku pilih utk buat VTO dan lepaskan Dip Fesyen dan Textile tu dulu sebab aku percaya bila aku lepaskan yang akan ada rezeki lain lagi yang dtg..Then suddenly tanpa disangka-sangka juga aku dapat offer untuk jadi tenaga pengajar di Pusat Bertauliah yang aku jalani VTO tu..Bekerja dan belajarlah aku disini selama 5 bulan sebelum aku resign dn jalani LI di Institut Kemahiran Bestari (IKB) sekarang..

Bila aku dah yakin dan nekad dengan keputusan aku..Lagi sekali aku ke Pahang untuk setlekan urusan perbentian aku..Dan yang mcm aku jangka jugak..Mesti ada yang menjadi penghalangnya..Siap pihak atasan turun lgi pujuk aku untuk berhenti..Tapi aku dah nekad..Aku nak akhiri segalanya disini..Dan mulakan kehidupan yang baru dengan semangat yang baru..

Alhamdulilah..Semua faham kenapa itu pilihan dan keputusan aku buat..Yang penting juga aku tahu semua lecture-lecture aku akan sentiasa mendoakan kejayaan aku diluar sana..Dan akhirnya..Kini..Aku disini..Menjalani sisa-sisa LI yang masih berbaki 4 bulan.

Kerana kisah silam..Aku jadi seberani hari ini..Kerana kisah lalu..Aku jadi sekuat sekarang..Kalau tak tak dalah aku berani ke Peneng sorg-sorang..Sampaikan dipanggil Minah celup Peneng..Hihi..Doa aku cuma satu..Semoga setiap langkah aku akan terus dipermudahkan selamanya..Semoga aku dapat abiskan LI disini tanpa ada halangn dan apa-apa masalah lagi..Semoga jugak bila aku dah habis LI disini nanti aku mudah untuk dapat kerja diluar sana..

Kadang-kadang..Bila kita selalu diuju..Itu bererti Allah Maha Pengasih dan Penyayang pada kita..Dan Dia nak nilai sekuat dan setabah mana seseorang hambanya dengan dugaan dan ujian yang diberikan.Bersabar-bersabar dan terus bersabarlah itulah yang paling penting..

THROWBACK 


AUDITORIUM UCSA



LIBRY UTHM_
LAWATAN AKADEMIK


AFTER FINAL SEM 2
CLASSMATE


3 YEARS AGO

Bye...

13 November 2014

Disini..IKB..

Hai..

Mihmihmihhhh..Lamanye menyepi..Semenjak-menjak mensibukkan diri bepraktikal kat IKB Saujana masa mcm tak cukup jew..Siang kerja..Malam pun kerja tapi just buat kelass mlm utk bantu student-student siapkan projek dorg..Hoii..Penat tau tak..Dah dekat 2 minggu lebih balek lewat..Pearasaan tu tak pyh cakaplah kan mcm ala-ala memberontak hentak-hentak kepala kaki kat lantai tak mau buat kelass gnti nie..Weeeee..Tapi bila fikir-fikir balik takkan nak biarkan jew..So tak pelah..Teruskan jugak..Baik kan cikgu Mira nie..Ahaaha..Bapk perasan weyh..

Kiranya..Ni adalah second  time my experiences bergelar tenaga pengajar..Dolu-dolu masa kat Subang Bestari kan around 4 or 5 months kan pernah jadi tenaga pengajar..Cuma bezanya dolu-dolu tak sama sbbnya just jadi tenaga pengajar part time jew..Bukan fulltime pun..Mengajar pun tak formal sangat sbb yg dtg belajar pun makcik-makcik then mengajar pakaian jubah,pesak buluh then kurung moden..Experiences pun tak da lah banyak and lama sgt pun..

Kat sini situasinya lain..Student ramai..Staff pun ramai..Tempat pun nak ckp besar tak da lah mana..Tapi kalau pusing satu round pun boleh buat aku semput jugak la kan..Kat sini ad 2 kos jew..Pembuat pakaian wanita and permesenan but for the next planning akan ada kos pembuat pakaian dalam lelaki..Mimihmih..Okee ini tak lawak..Jangan marah iye..Then kos hospitaliti,and so on lagi yang aku dah lupa..

Here juga tak da nya aku dopoloh empat jam mengajar jew memanjang..At the sometime aku pun ad buat production.Mean kat sini ad bahagian production yang mana amik tempahan daripada luar..Now tempahan yang dah pernah diambil then aku ada jahit pakaian vest,langsir pastu pastu pastu lupa dah apa lagi..


LI kat sini tak dapat duit poket iye  mcm LI kat Rahim & Co Consultant or Abd Jalil & Co dolu-dolu tapi pihak sini provide tempat tinggal (hostel) with makan but untuk weekends pandai-pandai lah gali cari mknn sendiri ye..Alhamdulilah..Bersyukur lah dapat tu jew walaupun weekends tak provide makanan then kat sini mcm out of town..Very the jauh gile babeng drpd town..Luar drpd jangkaan wehh..Agak sadis disini iyee..Heee.

Okee tu jew lah story mory kat sini..Bulan nie November nie cukup dua bilan LI kat sini..Sebab aku masuk sini 21 September last-last months tu and 4 months more to go nak abiskan LI kat sini..Hopefully everything will be fine lah kan sepanjang 6 bulan kat sini..Hopefully juga after abis nanti mudah lah dpt kerja...Amin...Cakap psl kerja tu tak kisah lah dapat kat mana kan asalkan dapat kerja kemudian lngsaikan hutang-hutang Mara tu..Dah la nama aku dah kena blaactlist last months..Nasib baik abah ada tolong bayarkan dulu bagi pihak aku nie.

Gambar-gambar kat bawah nie suasana tempat aku berLI lah..Just sharing jew mcmna IKB Saujana nie..



Sekitar kelas amali modul aku yang ajar 







Sekitar Majlis Sambutan Bubur As syura



 

27 October 2014

Kesayangan

Hai

Setiap org mesti ada insan-insan kesayangan kan.Kira-kira mcm penguat semangat la kan..Gituuu dia..Haha..Okee..Aku pun ada jgk laa..Bukan korg jew yew..

First..Of cause laa family aku sendiri..Parents aku sendiri..Adik beradik aku..Yang darah daging aku sendiri kan..


Secondly pulak my sister..For ur informtion aku adalah ank sulung dalam family aku sendiri..But i have 2 org kakak angkat yang sangat-sangat baik,memahami aku..Yang selalu ada dibelakang aku disisi aku setiap kali aku perlukan mereka berdua..

Dengan dorg berdua :

Aku pernah menangis
Aku pernah merajuk
Aku pernah berkongsi segala cerita
Aku pernah berkongsi rahsia
Pendek kata aku berkongsi segala-galanya..
Daripada sekecik-kecil masalah sehinggalah ke sebesar-besar masalah

Alhamdulilah

Actualy aku teramat dan terlalu bersyukur dengan kurniaan mereka berdua..Mereka berdua kekuatan aku..Semangat aku..Yang sentiasa mendoakan kehidupan ku..Kejayaan aku..


This is my firs sister..Rohana Mamat namanya...Sangat garang baik sangat..Aku kenal masa aku belajar SKM 1 & 2 di Akademi Jarum Berlian..Masa tu she's my warden kat sana..Then tak sangka plak berpanjangan until now..Sebelah dia tu husband dia...Pun baik mcm dia juga..Masa aku study kat Kuantan dorg berdua selalu amik aku bawal lari balik umah dorg..Kekadang i miss my sister..Renduuu nak gi terawih sama-sama..Rindu nak gi mana-mana sesama mcm dulu-dulu..But now memasing dah ada life memasing..So life must be go on whatever do..I wish my sistar cepat-cepat dapat baby as dorg wish jgk..Amin..





This is my second sister...Farah Nadia Abas..Kenal masa study kat Kuantan dulu-dulu..Memula tak baik pun..As lecturer and student..Tapi..Entah camna tetiba boleh jadi baik..Dia pun baik sangat..Lemah lembut jew cakapnya..Nak dengar dia marah..Memang payahla sangat..Dengan dia jugak la aku kehulur kehilir.Masa dia kawen baru-baru nie aku la jadi pengapit dia..Then dengan family dia kat Sanglang pun aku dah kenal..Da byk kali jgk aku balik ikut dia tuu..Kat sebelah tu husband dia..Pun lect jugak..Sama jugak la baik mcm dia...Pun selalu jugak balik umah dia..Yang bawah tu baby first dorg..Sofea Az Zahra..Yang sangat cute and sangat nakal..I wish my sister always bahagia sampai bila-bila then dikurniakan anak-anak yang ramai lagii..Sekarang nie bila duk sini kekadang rasa rindu..Rindu nak lepak sesama..

Dua-dua sista aku..Dua-dua aku sayang..Dua-dua aku perlukan dalm hidup..Hopefully dorg akan sentiasa ada dengan aku sampai bila-bila..Aku doakan kan jgk semoga kedua-duanya akan sentisa bhgia dengan family masing-masing

Untuk family aku..Kedua-dua kakak aku..Terima kasih untuk segala-galanya..I'm very apperciate sangat.

Actually aku pun ada sorg abg angkat..Tapi tak tahu dia kat mana sekarang..Last news yang aku dapat tau dia dapat contract kerja as engineer kat Dubai sana then lepas tu kawen..I hope dia pun bhgia bersama family dia..
Amin

Rasanya juga dah boleh kot slow-slow utk serius cari kebahagiaan sendiri..Oppppsss...Haha

Bye

24 October 2014

Luncheon

Hai

Dah lama rasanya tak turun dapur..Semenjak-menjak duduk kat IKB yang mana setiap ari mknn disediakan..Cuma kompius sikit..Kat area Setiu neh sesungguhnya ikan aya a.k.a ikan tongkol nie harganya murah sangat kee...???Sebabnya boleh dikatakan selang sehari or dlm seminggu tu mesti menunya ikan aya a.k.a ikan tongkol tu..Even aku org Trgnu sebenarnya gak jarang la aku makan nasi putih berlaukkan ikan aya a.k.a ikan tongkol tu..Sbb biasanya aku just mkn dengan dijadikan lauk nasi lemak..Tak pun dgn pulut yang digaul dengan kelapa tu..Apapun still bersyukur sbb dptv tempat Li yang dah provide mknn sekali..Kalau tak haru jgk nk cari mknn kt sana sbb kat sana perkampungan then susah nak cari kedai mkn yg alway bukak for 24 hours..

Hari nie turun dapur..Masak..Simple jew.Main campak-campak..Lalu terjadilah ikan singgang,ikan goreng,jantung pisang dengan sambal belacan.Lama tak mkn mskn kampung mcm niee..Cehhh..Mcmlaa selama nie mkn makanan Wastern or Italian food kan..Haha


Bahan-bahan yang digunakan.Bawang merah,bawang putih,cili (kalau nak pedas),halia,asam keping,kunyit,dan lengkuuas (tapi tak letak lengkuas sbb tak dak time nie)


 Nie ikan yang aku guna..Nak lagi sedap boleh guna ikan aya a.k.a ikan tongkol


Pastu masukkan dlm air (kalau nak kuah banyak letak air banyak kalau tak agak-agak jew lah)..Masukkan semua bahan kat atas pastu tambah garam then rasa masam masin biarkan menggelak sampai ikan tu masak boleh tutup api..Pastu jadilah warna mcm nie..


Makan dengan ikan goreng panas-panas,jantung pisang dengan sambal belacan..Fuhh sdp smpai bertambah-tambah nasi..

#Singgang masakan org Terengganu utk pengetahuan umum ye..Kalau balik umah memang wajib nak mkn lauk ini..

Ok bhai.. ;-)

21 October 2014

Raya Haji


Hai..

Cite Raya Haji baru-baru nie..Baru sekarang dapat upload.Baru sekarang boleh berblog balik..

Sebabbbbb....

Laptop tertinggal kat umah makcik kat Negeri Sembilan..Dah sampai Kuantan baru teringat..Hah..Kira-kira kat sebulan lebih dia tertinggal kat sana..

Siannn..Sedehhhh..

Meh tengok picture masa sembelih lembu kat taman perumahan baru-II niee..Seronok pulak tengokk.Sbb ramai yang terlibat masa tu..Yang bertambah seronok bila tengok budak-II main berlari-II kat tempat sana sini.Ramai jugak yang balik kampung kiranya cam ramai jugak la yag duk kat luar Terenggnu area sini.
Tahun nie pun aku amik bahagian jugak..Rezeki..Heeeee...


























Ok.Bhaiii 

04 August 2014

Hari Raya 2014 Punyee citeee..

Assalamualaikum..

Alhamdulilah..After sebulan berpenat berpuasa menahan lapar dan dahaga serta menahan apa-apa yang sepatutnya tiba lah harinya utk kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri.Tahun neh tahun pertama laa kekononnya dgn title org yang dah berkerja..So bila bekerja duit raya kena lah bagi iyee..Idokla banyak pun dpt bagi..Yg semampu jew lah..Pastu bagi pun utk anak-anak buah yang dekat je..Kalau bagi kat semua mahu pengsan bangun balik pastu pengsan balik..Hehe


Cam biasa larh raya pertama pergi semayang raya satu pamily..*Wajib okee..Dah siap tu baru makan-makan juadah yang mama sediakan..After tu upacara bersalam-salaman dengan parents dgn adik beradik..Then masing-masing bersiap-siap nak balik ke kampung halaman..Haha kampung halaman ehh..Bunyinya cam jauh pada dekat jew kot.Kat Marang sana..Dengan kampung mama dekat Kuala Terengganu..Jelajah abeh mana rumah-rumah makcik pakcik yang ada..

Raya pertama
-Home sweet home-

Rumah atuk kat kampung
-Tapi tak panggil atuk pun panggil ayah..Org Tgnu memang camtu pun panggilannya-

Raya kedua plak cam biasa la kan..Sambung balik mana-mana rumah yang tak sempat nak ziarah tu..Pastu balik-balik dah petang..Sampai-sampai umah mata cam tak boleh bukak masuk bilik terus tidoo.Hahaha Ponet punya pasai..
Wif sepupu/makcik-makcik kat open house rumah Ayah Long/Mak Long

Kami lagi
Kat Rumah Bad Seberang Takir
-Wif kazen-
Pic curi dlm fb kazen

Org Pekan
-Panggil org Pekan sbb seklah kat Pekan..-

Org Subang..Kata dorg..
-Heh..Subang la sgt..-

Org Gambang
-Motif sbb belajar kat U Gambang-

Adek beradik
-Sape kakak sape angah..??-

Raya ketiga pulak open house kat rumah..So kaum kerabat semua datang pada hari ketiga neh..Meriah cam biasa la tiap-tahunnya..Penat tu tak yah cakap laa.Cam nak tercabut jew kaki neh duk ulang alik duk mengisi mana lauk-pauk yang dah abeh tu..Hidangan masa open house..Mee kari,nasi minyak kot..Tak ingat plak..Pastu ada kek tapai ketupat rendang semua..Kuih raya..Semuanya homemade by mama..Tetamu pun dtg sampai ke petrang tak putus-putus..Seronok jew tgk org dtg umah kan..Btway tahnx utk semua yg datang open house rumah kami ye..

 Keluarga Haji Kasim
-Tak cukup korum lagi neh-

Dgn kwn-kwn scholl
-Yang kat bwh tu sepupu-sepupu-

 
Wif makcik/kazen/ayah

 Lagi pic dorg
-Sepupu/makcik/pakcik/ayah/mak ngah

Raya keempat tak kemana-mana sebab dah kepenatan uruskan open house..Semua pakat-pakat deman time tu..Then raya ke lima kami semua ke Kelantanaes plak..Makcik buat open house kat sana..So jumpa la lagi sedara mara..

Pic tuan blog pergi beraya di Kelantaness..

Alhamdulilah..Syukur jgk sebab masih berkesempatan beraya lagi wif family for this year.Kot-kotla thn depan raya kat umah mak mertua pulakk..Opss..Calon tak da lagi so jgn nak buat spekulasi pleasee...
Sadisnya thn nie dah xdapat duit raya lagi..Alasan sebab dah bekerja..Wei study Vto tak abes lagi tau..Waaa...Haha..

Today dah start kerja balik..Smlm sampai off satu hari penat kot naik bas nak pergi keje..Memang tak berapa nak rajin la jwbnya kan..Jumpa tak jumpa nnti plak dgn dorg semua time Raya Haji nnti..
Tu jew lah story sepanjang beberapa hari beraya kat Terengganu  neh..Nanti tunggu cite time Raya Haji plak eeehh..Hehaaheee..

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

-IKHLAS DRPD-
tuan punyan blog sekerluarga

MOHAMAD NAFIAH BIN KASIM
NOREHAN BT NGAH
AMIRAH FARHANAH BT MOHAMAD NAFIAH
 (den lah tueee...)
AFIQAH FARZANA BT MOHAMAD NAFIAH
ATHIRAH FAQIHAH BT MOHAMAD NAFIAH
AMIR FIRDAUS BIN MOHAMAD NAFIAH